Majalah Seri Dewi Keluarga
  • Cara Pilih Sinki Dapur

    Salah satu komponen penting di dalam set dapur adalah singki. Singki memiliki peranan yang vital sehingga anda harus berhati-hati dalam memilihnya kerana harus disesuaikan dengan keperluan dan ukuran bentuk set dapur itu sendiri. Bagaimanakah cara memilih singki yang tepat?

     

    1.  Ketahui fungsi utama singki. Fungsi utama singki pada set dapur adalah untuk melakukan kegiatan mencuci bahan makanan seperti sayur, daging dan buah-buahan atau juga digunakan untuk mencuci peralatan dapur. Oleh kerana itu sangatlah wajar apabila anda memberikan perhatian khusus pada perabot dapur ini.

     

    1. Anda harus mengetahui luas kawasan untuk singki pada set dapur. Jika ukuran set dapur anda terbatas, pilihlah singki yang memiliki ukuran standard atau single bowl. Jika keluarga anda gemar memasak dan banyak memerlukan tempat untuk mencuci peralatan dapur berukuran besar dan banyak, sebaiknya anda pertimbangkan untuk mempergunakan singki dengan ukuran lebih besar yang boleh menampung peralatan memasak. Tentu saja ini memerlukan kawasan dapur yang lebih luas juga.

     

    1. Perlu diberi perhatian ialah pemilihan material dasar singki. Ada pelbagai pilihan singki seperti stainless steel dan batu granit. Tentu saja semakin baik kualiti barang tersebut, harganya pun semakin mahal. Oleh itu anda sesuaikan dengan keperluan dan kemampuan kewangan anda.

     

    1. Cara pemasangan singki juga perlu diberi keutamaan kerana ini berkaitan dengan bahan set dapur yang digunakan. Contohnya apabila membeli singki dengan model pemasangan 'undermount' atau pemasangan singki dari bawah meja dapur, anda harus pastikan bahawa meja dapur diperbuat dari bahan yang kuat dan dapat menahan beban singki.
Artikel Berkaitan
« Lain-lain Artikel »
MEI 2015
Mobile Facebook Majalah Seri Dewi Keluarga Twitter Majalah Seri Dewi Keluarga